 |
Kota Belud adalah sebuah bandar di Bahagian Pantai Barat, Sabah, Malaysia.
Ia terletak kira-kira pada titik tengah lebuh raya persekutuan yang menghubungkan ibu negeri, Kota Kinabalu, dan Kudat, berhampiran hujung utara Sabah.
Pekan ini dianggap sebagai modal tidak rasmi dan pintu masuk ke kawasan
pedalaman orang Bajau. Ia juga terkenal dengan pasaran terbuka, atau tamu,
yang diadakan setiap hari Ahad. Sekali setahun, tamu diadakan pada skala yang lebih besar.
Pada masa ini, ia dikenali sebagai Tamu Besar atau Grand Market.
Banyak tarikan pelancongan eko yang terdapat di daerah ini.
|
Antara Tempat Menarik yang terdapat di Kota Belud ialah :
1) JETTY WAWASAN KAMPUNG NANAMUN
 |
Salah satu hiasan di jetty ini |
 |
Patung buragas
|
Aktiviti yang terdapat di jetty ini ialah :
 |
River Cruise |
 |
Sunset View |
Untuk aktiviti firefly tidak mempunyai contoh gambar kerana ketika melakukan aktiviti tersebut, sebarang cahaya telefon atau kamera tidak dibenarkan menyala.
2) TAGAL TALUNGAN
Tagal talungan merupakan salah satu eko pelancongan yang telah dibangunkan oleh orang kampung yang tinggal di kg talungan tersebut. orang kampung membangunkan tarikan ini kerana ingin menjaga sungai talungan yang berpotensi menjadi tarikan pelancongan serta ingin memajukan daerah ini.
Tagal Talungan KB
 |
Aktiviti yang terdapat di tempat ini ialah mandi-manda,berakit dan doktor ikan. |
3) KAMPUNG SANGKIR
Kampung sangkir ini merupakan kampung dusun untuk mereka bertani. Kg ini dikelilingi oleh sawah padi yang terjaga. Kampung ini juga berlatar belakangkan gunung kinabalu pada waktu pagi. kawasan ini sangat sesuai untuk para Fotografer.
4) PULAU MANTANANI
 |
Pulau Mantanani merupakan pulau yang paling popular dan cantik di daerah ini. Pulau ini terbahagi kepada dua iaitu pulau mantanani besar dan kecil. Pulau mantanani besar mempunyai penduduk atau lebih dikenali sebagai kampung. Pulau mantanani kecil pula ada tarikannya. |
AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN IALAH :
 |
Snorkeling bersama dugong. |
 |
Berkayak |
 |
Terdapat penginapan juga disediakan iaitu Mantanani Backpacker Lodge |
 |
Pulau ini juga mempunyai Plankton blue
|
* MAKLUMAT LANJUT :
- harga untuk penginapan mari-mari backpackers lodge ialah RM65-RM270 semalam
- harga pakej untuk ke Pulau Mantanani ialah :
Day trip : Rm220 +++ per pax
2D1N : RM400 ++ per pax
3D2N : RM600 ++ per pax
Snorkeling Trip : RM170 per pax
Scuba Diving : RM950
5) PENGINAPAN
 |
Sebuah Homestay yang dimiliki oleh seorang guru english PRA U di KB |
 |
Pameran pelamin tradisional kaum Bajau dan Irranun |
 |
Salah satu pakaian tradisional pengantin perempuan kaum bajau |
 |
Pakaian tradisional pengantin perempuan kaum bajau berwarna merah dan irranun berwarna kuning |
* MAKLUMAT LANJUT :
- Harga untuk homestay RM75-RM120 semalam
- Harga untuk pakai baju pengantin RM10 sepasang
- Harga untuk riding horse RM150-RM250 seekor
- Harga untuk ke tagal talungan RM3 tiket masuk, RM1 untuk makanan ikan tagal dan RM5 serakit untuk 5 orang mengikut saiz
- Harga untuk River Cruise- RM10 , sunset view- free dan Firefly- RM10
RM40 untuk sepakej termasuk makan
untuk mantanani islan boleh visit link ini