Sunday, 13 August 2017

SANDAKAN




Sandakan merupakan bandar kedua terbesar di negeri Sabah. Bandar ini pernah menjadi
ibu negeri sabah sebelum kota kinabalu. Banyak tempat menarik yang terdapat di bandar ini. terdapat juga pulau yang menjadi perhatian pelancong untuk melancong ke Sandakan antaranya :

1) PULAU BERHALA

Pulau Berhala adalah pulau Sumatera di Indonesia sekitar 2.5 km.
ia terletak di Selat Berhala di antara Jambi dan Singkep dan salah satu daripada 92 kepulauan yang tersenarai di Indonesia.


Gambar yang berlatarkan batu yang terdapat di Pulau Berhala

Gambar berlatarkan Laut Pulau Berhala



Untuk ke pulau ini kita akan menaiki bot selama 10 hingga 15 minit.


Bot yang dinaiki hanya memuatkan 5-6 orang sahaja mengikut saiz badan.
*Maklumat lanjut :
- untuk mendapatkan bot untuk ke pulau ini boleh didapati di bandar sandakan.
- harga untuk sebot bergantung dengan bot pilihan dan bilangan penumpang yang menaiki bot tersebut.
- Lifejaket mengikut jenis bot yang disewa
- Untuk yang ingin mandi di pulau ini, tempat persalinan pakaian disediakan tetapi air untuk berbilas tidak disediakan.
- Disyarankan untuk membawa makanan sendiri kerana di pulau ini tidak mempunyai kedai-kedai runcit.



2) PULAU LANKAYAN


Pulau Lankayan adalah sebuah pulau resort batu karang tropika yang amat kecil yang 
berada di Laut Sulu, terletak di barat laut Pulau Borneo, dibawah naungan negeri Sabah
Pulau ini terletak kira-kira 15 km dari Sandakan. 



Suasana di Pulau Lankayan


Lankyan island Dive Resort


Salah satu aktiviti yang terdapat di Pulau ini      

                
Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut boleh visit link ini  👇
  http://lankayan-island.com/


Thursday, 3 August 2017

TUARAN & TAMPARULI

Rakit air putih Sungai Kiulu adalah perjalanan yang sesuai dengan mereka yang mencari perjalanan yang agak mencabar dan santai.Jarak terapung sejauh 15 kilometer apabila paras air tinggi, dan 7 kilometer dari lawatan ke paras air normal. Gred adalah antara 1 hingga 2. 
Aktiviti yang paling popular dilakukan disini ialah :


1) WATER RAFTING.

pakaian keselamatan yang lengkap 


Waterrafting



2) BODY RAFTING 

Aktiviti ini ialah aktiviti untuk belajar berenang. 



* Makluman Lanjut untuk tempahan  :

Kiulu White Water Rafting Tamparuli Grade: 1&

1. Insuran
2. Makan Tengahari Buffet ( Masakan Halal )
3. Safety & Rafting Equiment, Simple Light
Refreshment
4. Tour Guide / River Guide
5. Umur dari 5 tahun sehingga 70 tahun.
6. Termasuk pengangkutan dari Hotel ke Kiulu. (
Pergi & Balik )
7. Harga pakej ini hanya RM130 seorang. Minimum 4
Orang

Agensi untuk Tempahan :

1- Borneo Rafting Adventure ( Mr James T Law)
Alamat      : Wakil Pos Kiulu,P.O.Box 25 89250 Kiulu,Tuaran

2- D7 Travel and Tours ( Mr Bop Juanis)
  Tel             : 088 714 177 (Office),016-8121702 (Mobile)
  Fax                        : 088 729 477
 Alamat      : Block G, Lot-8-2, Donggongon New Township Penampang Sabah. 

 Cowboy Town Tuaran merupakan tarikan baru di tuaran sabah. Aktiviti yang terdapat di Cowboy Town ini ialah memberi makan kepada kuda, menunggang kuda dan membeli cenderamata ala-ala cowboy. Terdapat juga Bakau Park di Cowboy town ini . Taman tersebut sangat luas dan terdapat pondok-pondok yang mengadakan aktiviti melukis batik serta menjual kraf-kraftangan.

Pondok jualan kraftangan
Salah satu tarikan yang terdapat dalam Cowboy Town ☺


Mini Cooper Car

Kuda yang bernama "baby"




Taman Bakau Cowboy Town.
* Maklumat Lanjut :

- harga tiket masuk ke Cowboy Town ialah RM10 untuk dewasa , RM5 untuk kanak-kanak.
- Setiap pembelian tiket masuk akan di sertakan baucer minuman yang terdapat di Taman Bakau
- Untuk maklumat lengkap boleh visit link ini http://www.sabandarcowboytown.com/

Wednesday, 2 August 2017

KOTA BELUD


Image result for kota belud sabah
Kota Belud adalah sebuah bandar di Bahagian Pantai Barat, Sabah, Malaysia.
 Ia terletak kira-kira pada titik tengah lebuh raya persekutuan yang menghubungkan ibu negeri, Kota Kinabalu, dan Kudat, berhampiran hujung utara Sabah.
Pekan ini dianggap sebagai modal tidak rasmi dan pintu masuk ke kawasan
 pedalaman orang Bajau. Ia juga terkenal dengan pasaran terbuka, atau tamu,
 yang diadakan setiap hari Ahad. Sekali setahun, tamu diadakan pada skala yang lebih besar.
 Pada masa ini, ia dikenali sebagai Tamu Besar atau Grand Market.
Banyak tarikan pelancongan eko yang terdapat di daerah ini.

Antara Tempat Menarik yang terdapat di Kota Belud ialah :


1) JETTY WAWASAN KAMPUNG NANAMUN


Salah satu hiasan di jetty ini

 Patung buragas


Aktiviti yang terdapat  di jetty ini ialah :


River Cruise






Sunset View

Untuk aktiviti firefly tidak mempunyai contoh gambar kerana ketika melakukan aktiviti tersebut, sebarang cahaya telefon atau kamera tidak dibenarkan menyala.



2) TAGAL TALUNGAN

Tagal talungan merupakan salah satu eko pelancongan yang telah dibangunkan oleh orang kampung yang tinggal di kg talungan tersebut. orang kampung membangunkan tarikan ini kerana ingin menjaga sungai talungan yang berpotensi menjadi tarikan pelancongan serta ingin memajukan daerah ini.

Tagal Talungan KB

Aktiviti yang terdapat di tempat ini ialah mandi-manda,berakit dan doktor ikan.


3) KAMPUNG SANGKIR


Kampung sangkir ini merupakan kampung dusun untuk mereka bertani. Kg ini dikelilingi oleh sawah padi yang terjaga. Kampung ini juga berlatar belakangkan gunung kinabalu pada waktu pagi. kawasan ini sangat sesuai untuk para Fotografer.






4) PULAU MANTANANI

Pulau Mantanani merupakan pulau yang paling popular dan cantik di daerah ini. Pulau ini terbahagi kepada dua iaitu pulau mantanani besar dan kecil. Pulau mantanani besar mempunyai penduduk atau lebih dikenali sebagai kampung. Pulau mantanani kecil pula ada tarikannya.
AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN IALAH : 


Snorkeling bersama dugong.


Berkayak

Terdapat penginapan juga disediakan iaitu Mantanani Backpacker Lodge 
Pulau ini juga mempunyai Plankton blue 

* MAKLUMAT LANJUT :
- harga untuk penginapan mari-mari backpackers lodge ialah RM65-RM270 semalam
- harga pakej untuk ke Pulau Mantanani ialah  :

Day trip : Rm220 +++ per pax
2D1N : RM400 ++ per pax
3D2N : RM600 ++ per pax
Snorkeling Trip : RM170 per pax
Scuba Diving : RM950

5) PENGINAPAN 


Sebuah Homestay yang dimiliki oleh seorang guru english PRA U di KB


Pameran pelamin tradisional kaum Bajau dan Irranun

Salah satu pakaian tradisional pengantin perempuan kaum bajau

Pakaian tradisional pengantin perempuan kaum bajau
berwarna merah dan irranun berwarna kuning

* MAKLUMAT LANJUT :
- Harga untuk homestay RM75-RM120 semalam
- Harga untuk pakai baju pengantin RM10 sepasang
- Harga untuk riding horse RM150-RM250 seekor
- Harga untuk ke tagal talungan RM3 tiket masuk, RM1 untuk makanan ikan tagal dan RM5 serakit untuk 5 orang mengikut saiz
- Harga untuk River Cruise- RM10 , sunset view- free dan Firefly- RM10
 RM40 untuk sepakej termasuk makan


untuk mantanani islan boleh visit link ini